Harta Berdarah
Harta Berdarah

Harta Berdarah

Harta Berdarah ([harˈta bərˈdarah]) ialah sebuah filem aksi tahun 1940 dari Hindia Timur Belanda (kini Indonesia). Diarahkan oleh Rd Ariffien dan R Hu untuk Union Films, filem ini telah ditulis oleh Saeroen, di mana ia cuba untuk menarik minat penonton pribumi yang mempunyai pendidikan. Filem yang dibintangi oleh Zonder dan Soelastri ini, mengisahkan seorang lelaki muda yang cuba untuk meyakinkan seorang haji yang kedekut untuk bersikap lebih dermawan, dan seiring waktu, lelaki itu jatuh cinta dengan anak perempuannya.Dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri, Harta Berdarah telah diiklankan sebagai "filem aksi Indonesia terhebat".[1] Untuk menarik minat penonton, filem ini menggunakan kemahiran silat Zonder dan kemasyhuran Soelastri sebagai penyanyi keroncong. Ulasan untuk karya ini adalah positif, dengan pujian terhadap lakonan dan jalan cerita. Walaupun Harta Berdarah telah ditayangkan selewat-lewatnya tahun 1944, filem ini mungkin hilang seperti penerbitan kontemporari yang lain ketika itu.

Rujukan

WikiPedia: Harta Berdarah http://www.imdb.com/title/tt1848921/ http://niod.x-cago.com/maleise_kranten/article.do?... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4b97cd87e... http://filmindonesia.or.id/movie/name/nmp4b99aad53... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-b016-40-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-h013-40-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-h013-40-... http://filmindonesia.or.id/movie/title/lf-k011-40-... http://resolver.kb.nl/resolve?urn=ddd:011122212:mp... http://resolver.kb.nl/resolve?urn=ddd:011122218:mp...